Slide background
Welcome to Tini's Spa
your preferred spa centre
Slide background
Slide background
Slide background

Spa
Treatment

Spa Package All-time Favourite, Body Massage, Body Scrub, Body Mask, Balneotheraphy

Slimming Treatment

Slimming Treatment, Slimming Package *immediate result, Advanced Package

Aesthetic Treatment

Manicure, Pedicure, Waxing

🍂

Facial by Dermalogica

Custom Add-Ons, Preventive Facial, Corrective Facial,

GRAB YOUR RM50 CASH VOUCHER NOW!

TIniSpa Free RM50 Cash Voucher Gift

* Terms & Conditions:

1. Valid for treatment above RM 100
2. 1 voucher per person only
3. Prior reservation is highly appreciated

Subscribe Below to Grab Your Free Voucher






Full Name: Email: Mobile Number:


We respect your email privacy

Health & Beauty Tips/Secrets From The Experts

What others say about us

Intan Erina Ramli

Kagum dengan perubahan yang saya alami. Tini’s Spa benar-benar memberikan rawatan yang efektif dengan menggunakan produk berkualiti

Intan Erina Ramli
Roshani Binti Othman

Juruterapi berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, mesra dan professional dengan rawatan yang dijalankan. Walaupun saya tinggal berjauhan dengan Tini’s Spa, saya sanggup ke sana untuk rawatan muka kerana kulit sihat kini milik saya.

Roshani Binti Othman
Nurul Atiqah Mohd Hanapiah

Saya mula mengenali Tini’s Spa dari kawan. Kini saya menjadi pengunjung setia kerana rawatan spa dan facial yang menakjubkan, juruterapi yang ramah dan produk Dermalogica yang berkualiti

Nurul Atiqah Mohd Hanapiah
Shazfinas Hashim, 25

”Saya merupakan pelanggan setia Tini’s spa semenjak menuntut di IPTA di Shah Alam lagi. Antara rawatan kegemaran saya sudah tentu facial dan urutan. Sejak menjalankan rawatan di Tini’s spa, saya amat serasi dengan suasana, juruterapi dan yang paling penting, produk yang digunakan di Tini’s spa. Bagi saya, produk terbaik untuk saya adalah produk yang digunakan oleh Tini’s spa. Produk pilihan saya ialah Chromawhite dari Dermalogica. Dengan rawatan yang berkualiti dan khidmat yang mesra, tidak hairanlah mengapa saya mengesyorkan kepada ramai rakan-rakan yang lain. Terima kasih Tini’s Spa!”

Shazfinas Hashim, 25Finalis Rancangan Gadis Melayu Musim kedua
Norisma Affzan Binti Ismail, 26

”Saya amat menggemari rawatan facial di Tini’s Spa kerana kulit saya tampak segar dan bersinar. Untuk rawatan badan, Body Pamper merupakan rawatan kegemaran kerana dapat menenangkan fikiran, merehatkan badan dan mengasyikkan. Kepada yang tidak pernah mencuba dan mahu membelai dan memanjakan diri, anda patut merasai kenikmatannya di Tini’s Spa.”

Norisma Affzan Binti Ismail, 26Pelanggan Setia dari 2008
Rozi Long, 35
”Saya amat menggemari facial, massage, sauna dan body scrub di Tini’s Spa. Di Tini’s Spa mereka menggunakan teknik yang sistematik dan berkesan yang mengekalkan kecantikan dan kesihatan saya. Datang dan rasailah sendiri kenikmatannya…”
Rozi Long, 35Pensyarah
Dalila Binti Samsudin, 25

”Saya telah menjadi pelanggan di Tini’s Spa sejak mula di buka pada tahun 2008. Saya amat menyukai rawatan BODY PAMPER kerana ia memberikan tenaga supaya saya kembali cergas bekerja. Bagi wanita yang penat bekerja, saya sangat mengesyorkan rawatan ini kerana ia berjaya menghilangkan stress saya begitu juga anda”

Dalila Binti Samsudin, 25Analyst - Accounts Payable
Herna Irdyian Abdul Shukor, 22

”I like the Body Pamper because it relaxes my body and mind. Tini’s Spa also has trusted product : Dermalogica and their service is friendly and superb.”

Herna Irdyian Abdul Shukor, 22Student
642x361_Teaching_Your_Kid_to_be_a_Team_Player

5 Langkah Mengekalkan Pekerja Terbaik Anda

“When employees are happy, they are your very best ambassadors” -James Sinegal.

642x361_Teaching_Your_Kid_to_be_a_Team_Player

 

Pemilik perniagaan dan organisasi percaya bahawa pekerja dan ahli pasukan kita adalah aset terbesar syarikat. Soalnya, bagaimana mengekalkan pekerja terbaik anda? Berikut merupakan 5 langkah mengekalkan pekerja terbaik anda yang dikumpul dari site terkemuka untuk rujukan anda.

Komunikasi

Galakkan komunikasi terbuka di dalam perniagaan/ organisasi anda di antara ahli pasukan dengan pihak pengurusan. Adakan mesyuarat berkala bersama ahli pasukan untuk menggalakkan perkongsian maklumat, maklum balas dan pertanyaan. Kebolehan mereka menyuarakan pendapat dengan bebas merupakan antara kunci utama menentukan keselesaan berkerja.

Kongsikan misi, visi dan matlamat syarikat kepada ahli pasukan supaya mereka merasakan sebahagian daripada organisasi dan secara tidak langsung menjadi ikatan secara mental dan emosional.

Program Latihan dan Pembangunan

Libatkan pekerja anda dengan program latihan dan penambahbaikan untuk mendedahkan kepada kemahiran terkini di pasaran. Buat kebanyakan pekerja, mempelajari kemahiran baru adalah sama penting dengan kenaikan gaji yang mereka terima.

Pastikan Mereka Jelas Tentang Tugas Dan Tanggung Jawab

Tiada yang lebih mengecewakan berbanding mempunyai ahli pasukan yang tidak menjalankan tugas dan tanggung jawab. Tapi tunggu.. Sudahkah anda jelaskan tugas dan tanggung jawab mereka SEJELAS-JELASNYA? Jika prestasi tidak seperti yang dijangkakan, pasti semangat dan moral semakin merudum.

Cara yang paling mudah ialah dengan menyenaraikan KPI (Key Performance Indicators) yang bukan sahaja mudah untuk dipantau, malah mudah juga digunakan untuk proses penilaian kelak,

Fokus Pada Keluarga

Buat kebanyakan orang, keluarga adalah segalanya. Titik beratkan hal keluarga seperti pulang awal setiap Jumaat, ganjaran istimewa buat anak-anak yang berjaya dalam peperiksaan atau benarkan pekerja mengikut waktu anjal, sesuai dengan jadual sekolah anaknya. Ini membuatkan mereka selesa berkerja, asalkan tidak menjejaskan tugasan.

 Penghargaan Berterusan

Penghargaan kepada ahli pasukan tidak terhad kepada wang ringgit semata-mata. Selain kenaikan gaji tahunan, ucapan “Tahniah” dan “Terima kasih” juga memberikan impak yang besar kepada mereka. Antara penghargaan yang lain termasuk tiket wayang hero pujaan atau rawatan spa yang mengasyikkan setelah berjaya menyiapkan projek besar! Sempena Minggu Setiausaha 2015 ini, Tini’s Spa bersama-sama meraikan hari penghargaan istimewa dengan menyediakan hadiah istimewa:

secretaries week 2015

Secretary Gift ini dicipta sempena Secretaries Week 2015, bukan sahaja untuk Setiausaha, tetapi buat semua pekerja dan ahli pasukan yang berhak menerimanya. Tawaran ini berkahir pada 30 Jun 15.

 

Selain itu, Tini’s Spa dengan berbesar hati ingin menjemput para pemilik perniagaan mahupun organisasi di sekitar Shah Alam, Ampang, Kuala Lupur dan Lembah Klang untuk menyertai Caring Employer Program  bersama Tini’s Spa. Penyertaan syarikat untuk menjadi Caring Employer adalah PERCUMA. Pekerja syarikat berdaftar akan menerima diskaun 10% untuk setiap rawatan dan terdapat baucer hari jadi yang boleh dinikmati sepanjang bulan harijadi. Pekerja hanya perlu menunjukkan Staff ID sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila email info@tinispa.com.my atau hubungi Tini’s Spa Shah Alam 03-5512 5388 dan Ampang 03-4270 1292.

Caring Employer Program Benefits3

Selamat Hari Setiausaha dan semoga sentiasa maju jaya!

Sumber: www.pridestaff.com, www.forbes.com

Body Massage

Pengalaman Rawatan Selepas Bersalin Di Tini’s Spa

Hi semua. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman rawatan selepas bersalin atau post natal treatment di Tini’s spa. Signature treatment ini lebih dikenali sebagai After Birth Treatment

 

Rendaman Kaki. Mula-mula, saya dibawa juruterapi untuk merendam kaki sambil di scrub  dengan Deep Sea Salt. Langkah ini bagus untuk membersihkan kotoran di bahagian kaki sebelum memulakan rawatan badan. Selepas rendaman kaki, saya dibenarkan salin pakaian dan simpan barangan berharga di dalam loker berkunci. Saya diberi kain sarung untuk berkemban sebelum ke rawatan pertama.

pedi

Sauna. Rawatan pertama ialah sauna selama 20minit. Sauna sangat baik untuk mengembangkan kapilari darah, justeru melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin melalui proses perpeluhan dan menyingkir air berlebihan dalam badan. Semasa kehamilan, badan kita menyimpan air berlebihan di dalam badan atau water retention yang tinggi. Menurut juruterapi di sini, waktu yang sesuai untuk menyingkirkan gemuk air ini ialah dalam tempoh 6 bulan pertama selepas bersalin. Jangan simpan lama-lama!

Spa

Urutan Badan dan Bertungku. Rawatan yang paling saya tunggu ialah urutan. Yelah, sakit badan selepas bersalin, Tuhan aje yang tahu. Urutannya sangat melegakan kesakitan, ditambah lagi dengan bertungku, memang ada ummppphhhhh… Menurut juruterapi, heat dari tungku ini membantu menghilangkan kesakitan otot dan urat, memecah dan membuang angin, melancarkan darah (terutama darah kotor berketul-ketul keluar) dan melancarkan susu badan. Lepas urutan ni, saya rasa badan saya sangat ringan. Senang nak membalikkan badan berbanding sebelum urutan. Ahhhhhh.. leganyaaaaaa… Ok, over. Tapi memang betul-betul lega ok…

Body Massage

 

 

Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Free_Gift-300x196

Boreh Body Mask. Selepas urutan, juruterapi suruh saya meniarap pula, untuk buat body mask yang istimewa ni. Special sebab ia mengandungi campuran rempah ratus khas untuk memanaskan badan dan membuang angin dari badan. Sangat selesa dengan kehangatan boreh mask ni.

Body Scrub

Mandi Rempah. Akhir sekali saya dibawa ke bath tub berisi mandian rempah yang harum menusuk hidung. Sebaik menjejakkan kaki dan menenggelamkan badan saya sepenuhnya, sambil bersandar merehatkan badan, seluruh tubuh saya rasa selesa sekali dengan kehangatan mandian rempah ni. Very comforting. Juruterapi saya terangkan, mandi rempah ni banyak khasiatnya. Antara khasiat mandi rempah ialah untuk memanaskan badan, mengurangkan bau badan, menghilangkan bauan dari vagina. Saya berehat sampai hampir tertidur di dalam tub tu. Selepas 30 minit, saya bilas badan dan oleskan losyen badan ke seluruh badan untuk melembapkan kulit.

Jaccuzi

Rawatan ini sangat menyegarkan badan yang lemah selepas proses bersalin, memulihkan kembali sakit-sakit otot dan buang angin dalam urat. Betul-betul ringan dan segar badan saya selepas menjalani rawatan ini. Sangat dialu-alukan bukan sahaja untuk ibu-ibu muda yang baru lepas bersalin, tetapi juga bagus untuk wanita yang sering sakit pinggang dan belakang.

Keseluruhan rawatan ini mengambil masa 2 jam 15 minit. Sangat berbaloi dengan harganya RM248 untuk 1 sesi.

Untuk ibu-ibu yang bersalin secara normal, dicadangkan buat rawatan 3 hari atau seminggu selepas bersalin, seelok-eloknya 3 sesi. Sekiranya masa tidak mengizinkan, ada yang datang selepas sebulan selepas bersalin, yang mana rawatan lebih mudah sebab darah nifas sudah kering.

Bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan atau Caesarean/ C-section, boleh datang setelah 6 bulan selepas bersalin untuk memastikan luka pembedahan sudah betul-betul sembuh.

Ini pendapat saya, sebagai seorang wanita, kita patut dan wajib jaga diri kita terutama selepas menjalankan tanggung jawab yang sangat besar dan sangat indah di saat menjadi ibu, melahirkan zuriat ke dunia ini. Sedangkan kereta sering diservis, apa lagi tubuh badan kita ye tak?

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi juruterapi Tini’s spa yang sememangnya baik dan sedia membantu di cawangan Shah Alam – 03-5512 5388 atau di cawangan Ampang 03-4270 1292.

 

Ikhlas dari,

Nora.

 

P/s: Terima kasih Puan Nora di atas perkongsian ikhlas ini. Jika Puan pelanggan baru di Tini’s spa, dapatkan baucer rawatan bernilai RM50 di sini www.tinispa.com.my.  Gambar adalah koleksi Tini’s spa.

spa menu after birth trmt

 

Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Free_Gift-300x196

tspspk_room2

Rawatan Selepas Bersalin Dan Amalan Berpantang

tspspk_room2

Hi semua. Hari ini saya nak berkongsi rawatan selepas bersalin dan penjagaan diri sepanjang tempoh berpantang. Ramai ibu-ibu muda terutamanya mungkin memerlukan tips-tips berguna ini. Bagi kaum Melayu, bilangan hari berpantang ialah sekurang-kurangnya 44 hari namun petua amalan penjagaan berpantang kaedah Melayu ini mungkin berbeza setiap individu. Saya berkongsi berdasarkan pengalaman saya berpantang bersama ibu dan ibu mertua tersayang.

1) Mandi Herba

Mandian istimewa adalah air rebusan beberapa daun yang mempunyai bau wangi dan unik seperti daun sirih, daun serai wangi, daun pandan. Ada yang campur daun inai. Apabila campuran daun ini direbus, satu rumah bau harum Emmmm… Waktu kegemaran saya ialah waktu mandi pagi kerana ianya menyegarkan. Bau wangian semulajadi ini membuatkan badan ibu berbau wangi hingga ke petang. Mandian ini diulang pada sebelah petang. (Mak kata mandi sebelum Maghrib, seelok-eloknya sebelum 6 petang).

2) Urutan

Seelok-eloknya, selepas mandi, ibu digalakkan berurut seluruh badan untuk melancarkan peredaran darah, terutama mengeluarkan darah nifas dengan lancer, menghilangkan sakit urat dan pinggang, melancarkan pengeluaran susu ibu. Selepas urutan, pasti ibu berasa ringan badan dan kurang sakit-sakit urat dan badan. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada orang mengurut, cukup sekadar menyapu minyak panas ke seluruh badan.

Klik di sini untuk kisah pengalaman rawatan selepas bersalin.

3) Bertungku

Kebiasaannya, mak bidan mengurut dan bertungku sekali. Kepanasan batu tungku sangat berkesan untuk membesarkan salur darah dan melancarkan peredaran darah. Selain itu, kesakitan di bahagian ari-ari dan pinggang dapat dikurangkan dengan serta-merta. Sekiranya tiada mak bidan untuk menguruskan proses bertungku, ibu boleh bertungku sendiri. Pengalaman saya, bertungku sendiri setiap pagi dan petang adalah amalan harian saya sepanjang berpantang. Kadang-kala, semasa bayi tidur, saya mengambil kesempatan untuk berbaring sambil bertungku. Sungguh melegakan! Oh ya, tungku yang sering digunakan ialah tungku batu sungai atau besi. Panaskan tungku directly di atas api selama beberapa minit, lapikkan batu dengan daun mengkudu (jika ada) dan kain batik. Tungku sedia digunakan.

Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Free_Gift-300x196

4) Berbengkung

Sebelum berbengkung, ibu mertua saya mengesyorkan oleskan campuran kapur makan dan perahan limau ke bahagian perut secara nipis. Kemudian, balut perut dengan kain bengkung. Bengkung kegemaran saya ialah bengkung Jawa kerana lilitannya tegang dan kemas. Maka bentuk badan saya kembali ke bentuk asal selepas 44 hari berbengkung. Untuk mendapatkan bentuk badan ideal dengan mudah, anda disarankan menjalankan rawatan pelangsingan secepat mungkin, seelok-eloknya dalam 6 bulan selepas bersalin. Ini kerana, water retention sepanjang tempoh mengandung mudah dikeluarkan dalam tempoh ini.
Rawatan Pelangsingan (Percubaan pertama).

berbengkung

5) Pakai Stokin Baju Lengan Panjang

Menurut kata ibu dan ibu mertua saya, wanita berpantang tak boleh sejuk. Keep yourself warm. Jadi adalah digalakkan memakai baju lengan panjang dan stokin setiap masa. Setelah 44 hari mengamalkan ini, tumit kaki pun jadi lembut! Awww, suka sangat.

Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Free_Gift-300x196

6) Makan Makanan Seimbang

Makan makanan seimbang mengikut pyramid makanan. Cuma kalau ikut pantang orang Melayu, kena pilih sayur yang sesuai dan tidak ‘sejuk’ seperti kangkung, petola, terung dan cili. Sebenarnya, saya juga kurang arif tentang kategori sayur sejuk ni, jadi nak selamat saya makan sayur sawi, lobak merah, mana yang mak pesan. Yang penting, jangan biarkan perut kelaparan, makan pada masanya terutama buat ibu yang menyusu badan. Kalau ikutkan petua mak, jangan minum air banyak. Tapi yang ini saya tak akur sebab saya breastfeed dan memerlukan banyak air. Jadi, minum air secukupnya.
Saya juga diarahkan untuk minum air pati kunyit. Rasanya, Tuhan aje yang tahu. Tapi telan ajelah.. Selamat! Rupa-rupanya, bila saya buat sedikit research,kunyit mengandungi Curcumin yang berfungsi sebagai agen anti-radang dan menyembuhkan luka dengan pantas.

7) Berjalan Perlahan-lahan

Secara logiknya, orang tua tak nak ibu-ibu tersadung atau terjatuh, jadi berjalan atau buat pergerakan perlahan-lahan.

8) Jaga Emosi

Perkara paling penting bagi saya sepanjang tempoh berpantang ialah menjaga emosi agar tidak terlalu sedih, murung atau tertekan, dikhuatiri menghadapi postpartum depression atau meroyan. Kita sedia maklum, alam baru sebagai seorang ibu, banyak perkara baru yang perlu ditempuhi. Lebih buruk jika tidak mendapat sokongan dari pasangan dan keluarga, ditambah pula dengan tangisan tanpa henti si bayi, breastfeeding tak menjadi, rasa rendah diri… Perubahan hormon juga menyumbang kepada perkara ini. Apa yang perlu anda lakukan? Dapatkan bantuan! Minta tolong orang terdekat seperti suami, adik, kakak, emak atau kawan baik. Ingat, jangan pendam dan tertekan sendirian. Anda bukannya robot.

Diharap tips ini serba sedikit dapat membantu. Persiapkan diri anda selepas berpantang untuk berdepan dengan suami dan rakan sekerja dengan lebih yakin, hadiahkan diri anda dengan signature treatment kami, After Birth Treatment yang merangkumi Foot Soak, Sauna, Urutan dan Bertungku, Lulur dan Mandi Rempah. Rawatan selepas bersalin yang mengambil masa 2 jam 15 minit ini boleh dijalankan di Tini’s spa Shah Alam dan Ampang. Harga rawatan sangat berpatutan, RM248.

Untuk pelanggan pertama Tini’s spa, dapatkan baucer tunai RM50 di www.tinispa.com.my dan anda boleh gunakan untuk rawatan ini.

Selamat beristirehat!

xoxo, Tini’s spa

www.tinispa.com.my

soulfood21

Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Free_Gift-300x196

642x361_Teaching_Your_Kid_to_be_a_Team_Player

5 Langkah Mengekalkan Pekerja Terbaik Anda

/
April 27, 2015
"When employees are happy, they…
Body Massage

Pengalaman Rawatan Selepas Bersalin Di Tini's Spa

/
February 3, 2015
Hi semua. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman rawatan selepas…
tspspk_room2

Rawatan Selepas Bersalin Dan Amalan Berpantang

/
January 26, 2015
Hi semua. Hari ini saya nak berkongsi rawatan selepas bersalin…
tspspk_jaq 2

Kepentingan Rawatan Spa Pengantin

/
July 21, 2014
Hi semua, Post kali ini kita bercerita tentang kepentingan…
decor wedding

Senarai Semak Majlis Perkahwinan

/
July 20, 2014
Salam semua terutama sekali buat si manis yang bakal melangsungkan…
cili

Health Tips During Ramadhan

/
July 15, 2014
Here are a few beneficial beauty and health tips during Ramadhan. 1)…
3cc688c8-1fa8-469c-bff9-5dd3d6f654ec

How To Lighten Dark Underarms.

/
July 8, 2014
Hi everyone. We would like to share tips on how to lighten dark…
rawat kulit berminyak tini spa

Cara Mengatasi Kulit Berminyak

/
July 2, 2014
Kulit berminyak, pori terbuka dan kulit kusam adalah antara masalah…
© Copyright 2013 - ..:: Welcome to Tini's Spa ::.. - Enfold Theme by Kriesi