8 Teknik Mudah Hilangkan Dagu Berlapis

8 TEKNIK MUDAH HILANGKAN DAGU BERLAPIS

Ingin Wajah Runcing Dan Nyahkan Dagu Berlapis Dengan Mudah? Jangan risau, kami ada TEKNIK yang sangat RINGKAS dan dapat menghilangkan dagu berlapis dengan PANTAS dan PRAKTIKAL. 

Cuba 8 Teknik untuk hilangkan dagu berlapis ini dengan konsisten supaya dapat hasil yang diidamkan.

1.  Berdiri tegak, angkat kepala memandang atas hingga dagu pun terangkat. Tutupkan bibir, mulut muncung sehingga otot pipi dan dagu rasa ditarik. Bertahan selama 10 saat. Kembali kepada keadaan berdiri. Ulang sebanyak 10 kali.
timthumb

2. Berdiri tegak, tundukkan kepala, mula buat gerakan ikut pusingan jam. Ulang 5 kali dan 5 kali lagi ikut arah jam yang sebaliknya.

 

Neck-roll-exercise-to-help-lose-double-chin-fast

 

3. Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti tersenyum lebar. Lakukan sampai otot rahang dan dagu rasa ditarik. Bertahan selama 10 saat. Ulang sebanyak 10 kali.

 

How-To-Reduce-Double-Chin-quick

 

 

4.  Kunyah gula-gula getah

Gerakan gula-gula getah akan membuat otot rahang dan juga otot dagu bekerja lebih keras. Namun, pastikan anda pilih tanpa gula agar tidak menjejaskan gigi.

 

105800

 

5.  Menguap

Ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher juga akan ditatik sehingga mampu membakar lemak di pipi dan dagu. Oleh itu, tidak ada salahnya jika anda melakukan gerakan menguap meskipun sedang tidak mengantuk.

 

Wonder-35-Yawn-Static-Image

 

DAPATKAN PROMOSI INDIBA DENGAN HARGA ISTIMEWA DISINI!

6.  Urutan

Urutan lembut yang dilakukan setiap hari dapat membantu menegangkan wajah anda. Urutan dimulakan dari hujung leher, bawa ke dagu  hingga rahang. Semasa mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.

 

032dfa8a0eaf915adb3c198f140acb3e

 

7.  Senaman bola tenis

Letakkan bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat gunakan dagu selama 10 saat, kemudian kendurkan selama 5 saat. Ulang 10 kali.

 

aid60533-728px-Lessen-a-Double-Chin-Step-10-Version-9

 

8.  INDIBA Face Lift Treatment

INDIBA merupakan peranti perubatan yang menggalakkan lipolisis dan membakar lemak di bawah dagu dengan berkesan. Selain itu, ia mengaktifkan sel untuk menghasilkan kolagen dan elastin sekaligus membuatkan kulit wajah tegang dan tidak mengelambir ke bawah. Ini membuatkan wajah kelihatan runcing.

 

did you know- (4)

 

dagu berlapis tinispa indiba dagu runcing

 

double chin dagu berlapis dagu runcing indiba tinispa

 

 

DAPATKAN PROMOSI INDIBA DENGAN HARGA ISTIMEWA DISINI!

 

did you know- (3)

Dengan teknologi yang dipatenkan dan terbukti secara klinikal, ia adalah setakat penyelesaian kecantikan yang terbaik dalam menyediakan kesan estetik yang besar dalam rawatan muka dan juga rawatan badan.

HUBUNGI kami dengan SEGERA untuk mendapatkan harga ISTIMEWA. Hanya untuk 50 orang yang terawal sahaja.

Hubungi kami di :
Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718
Tini’s Spa Ampang 03-42701292
WhatsApp 019-3129606

5 Langkah Menetapkan Matlamat Hidup

Tahun baru menjelma lagi. Selamat tahun baru kami ucapkan buat semua pembaca. Asal tahun baru je, kita buat azam tahun baru dan matlamat. Tetapi, adakah kita mencapai apa yang diinginkan?

Ambil sedikit masa untuk renung kembali tahun lepas, apa yang tercapai dan apa yang boleh diperbaiki. Matlamat hidup sangat penting untuk memastikan kehidupan lebih bermakna dan fokus.

goal

Di sini kami kongsikan tips dan kaedah untuk mencapai setiap matlamat. Kita pecahkan kepada 5 langkah mudah.

  1. Tetapkan matlamat yang ingin dicapai.

Perkara ini paling mudah dilakukan. Anda cuma perlu tanya, “Apa yang ingin saya capai dalam 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun? Jika anda tidak tahu di mana hendak bermula, pilih 1 matlamat untuk  perkara di bawah

  • Kesihatan
  • Kekayaan/ simpanan
  • Hubungan
  • Kerohanian

Matlamat yang baik haruslah spesifik, boleh diukur, diberi tempoh dan realistik.

Contoh matlamat yang lemah:

Saya ingin menurunkan berat badan.

Contoh matlamat yang baik:

Saya ingin menurunkan berat badan sebanyak 5kg sebelum April.

Haaaa, senang je kan? Sekarang cuba tuliskan matlamat yang ingin anda hajatkan.

Diskaun RM50 untuk pakej pelangsingan, klik di sini.

Pakej pelangsingan klik di sini.

tslim

2. Pecahkan kepada pelan tindakan yang mudah dan ringkas untuk dicapai.

Setiap matlamat mungkin terlalu ‘besar’ untuk dicapai namun ianya akan semakin mudah dilaksanakan jika dipecahkan kepada bite-size action plan atau pelan tindakan.

Contoh pelan tindakan:

a) Kawal kalori permakanan kpd 1200kcal sehari.

b) Bersenam 7 minit setiap pagi sebelum mandi.

Pelan tindakan ini merupakan ‘jalan-jalan’ menuju ke destinasi anda.

exercise tinispa

3. Tulis matlamat anda.

Matlamat yang tidak ditulis hanyalah mimpi di siang hari. Jika matlamat itu benar-benar bermakna untuk anda, pastikan anda tulis dan tampal di tempat yang anda boleh lihat setiap hari. Dengan menulis, anda memberitahu minda separa sedar anda untuk bekerja ke arah mencapainya. Dan tahukah anda, minda separa sedar kita sangat berkuasa?

Di sini kami sertakan goal setting template untuk kemudahan anda. Anda cuma perlu print, tulis dan tampal di tempat yang anda sering nampak, contohnya di pintu almari atau di work station anda.

goal setting tinispa

4. Sentiasa ingat matlamat anda.

Sekarang, destinasi dan perjalanan ke sana sudah pun jelas. Pastikan anda fokus untuk sampai ke sana. Sentiasa ingatkan diri dengan matlamat yang ingin anda capai. Antara tips untuk mengingati matlamat anda:

  • Kelilingi diri anda dengan rakan-rakan yang sentiasa menggalakkan anda untuk ke arah matlamat tersebut.
  • Tulis dan tampal kertas matlamat supaya anda boleh review setiap hari, terutamanya pada sebelah pagi.
  • Letakkan sebagai desktop background jadi setiap kali anda ON laptop, anda pasti melihat matlamat tersebut.

goals tinispa

5. Buat 1 aktiviti yang mendekatkan anda dengan matlamat anda setiap hari.

Pastikan anda membuat 1 aktiviti yang membawa anda semakin dekat kepada matlamat anda, tak kira 10 minit atau 2 jam sehari. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit dan yang penting ia menjadi tabiat yang membina. Tanpa anda sedari, anda sudahpun mencapai matlamat tersebut! Jika anda mencapainya, ambil masa untuk pat your back dan hadiahkan diri anda sendiri dengan kemenangan tersebut. Antaranya boleh belanja diri sendiri aiskrim sedap ^_^, tengok wayang atau urutan di spa.

Sekarang masih belum terlambat untuk goal setting, jadi apa kata anda mulakan hari ini dengan langkah-langkah mudah ini. Semoga anda mencapai apa yang diimpikan.

 

============================================

HAPPY HOUR DI TINI’S SPA

Diskaun 50% untuk semua rawatan di Tini’s Spa.

Hari Isnin-Khamis, 10 am – 2 pm sahaja.

Temujanji awal diperlukan. Hubungi Tini’s Spa Ampang 03-4270 1292 atau

Tini’s Spa Shah Alam 03-5523 5718 untuk tempahan.

Atau klik di sini —-> HAPPY HOUR @ TINI’S SPA.

happy hour Tinispa

 

5 Cara Mengekalkan Pekerja Terbaik Anda

“When employees are happy, they are your very best ambassadors” -James Sinegal.

kerjasama teamwork pasukan Tinispa

 

Pemilik perniagaan dan organisasi percaya bahawa pekerja dan ahli pasukan kita adalah aset terbesar syarikat. Soalnya, bagaimana langkah mengekalkan pekerja terbaik anda? Berikut merupakan 5 cara mengekalkan pekerja terbaik anda yang dikumpul dari site terkemuka untuk rujukan anda.

Komunikasi

Galakkan komunikasi terbuka di dalam perniagaan/ organisasi anda di antara ahli pasukan dengan pihak pengurusan. Adakan mesyuarat berkala bersama ahli pasukan untuk menggalakkan perkongsian maklumat, maklum balas dan pertanyaan. Kebolehan mereka menyuarakan pendapat dengan bebas merupakan antara kunci utama menentukan keselesaan berkerja.

Kongsikan misi, visi dan matlamat syarikat kepada ahli pasukan supaya mereka merasakan sebahagian daripada organisasi dan secara tidak langsung menjadi ikatan secara mental dan emosional.

group discussion komunikasi Tinispa

Program Latihan dan Pembangunan

Libatkan pekerja anda dengan program latihan dan penambahbaikan untuk mendedahkan kepada kemahiran terkini di pasaran. Buat kebanyakan pekerja, mempelajari kemahiran baru adalah sama penting dengan kenaikan gaji yang mereka terima.

Pastikan Mereka Jelas Tentang Tugas Dan Tanggung Jawab

Tiada yang lebih mengecewakan berbanding mempunyai ahli pasukan yang tidak menjalankan tugas dan tanggung jawab. Tapi tunggu.. Sudahkah anda jelaskan tugas dan tanggung jawab mereka SEJELAS-JELASNYA? Jika prestasi tidak seperti yang dijangkakan, pasti semangat dan moral semakin merudum.

Cara yang paling mudah ialah dengan menyenaraikan KPI (Key Performance Indicators) yang bukan sahaja mudah untuk dipantau, malah mudah juga digunakan untuk proses penilaian kelak,

Fokus Pada Keluarga

Buat kebanyakan orang, keluarga adalah segalanya. Titik beratkan hal keluarga seperti pulang awal setiap Jumaat, ganjaran istimewa buat anak-anak yang berjaya dalam peperiksaan atau benarkan pekerja mengikut waktu anjal, sesuai dengan jadual sekolah anaknya. Ini membuatkan mereka selesa berkerja, asalkan tidak menjejaskan tugasan.

 Penghargaan Berterusan

Penghargaan kepada ahli pasukan tidak terhad kepada wang ringgit semata-mata. Selain kenaikan gaji tahunan, ucapan “Tahniah” dan “Terima kasih” juga memberikan impak yang besar kepada mereka. Antara penghargaan yang lain termasuk tiket wayang hero pujaan atau rawatan spa yang mengasyikkan setelah berjaya menyiapkan projek besar! Sempena Minggu Setiausaha 2015 ini, Tini’s Spa bersama-sama meraikan hari penghargaan istimewa dengan menyediakan hadiah istimewa:

hadiah minggu setiausaha secretaries week 2015 tinispa

Secretary Gift ini dicipta sempena Secretaries Week 2015bukan sahaja untuk Setiausaha, tetapi buat semua pekerja dan ahli pasukan yang berhak menerimanya. Tawaran ini berkahir pada 30 Jun 15.

 

Selain itu, Tini’s Spa dengan berbesar hati ingin menjemput para pemilik perniagaan mahupun organisasi di sekitar Shah Alam, Ampang, Kuala Lupur dan Lembah Klang untuk menyertai Caring Employer Program  bersama Tini’s Spa. Penyertaan syarikat untuk menjadi Caring Employer adalah PERCUMA. Pekerja syarikat berdaftar akan menerima diskaun 10% untuk setiap rawatan dan terdapat baucer hari jadi yang boleh dinikmati sepanjang bulan harijadi. Pekerja hanya perlu menunjukkan Staff ID sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila email info@tinispa.com.my atau hubungi Tini’s Spa Shah Alam 03-5523 5718 dan Ampang 03-4270 1292.

Caring Employer Program Benefits faedah pekerja Tinispa

Selamat Hari Setiausaha dan semoga sentiasa maju jaya!

Sumber: www.pridestaff.com, www.forbes.com