4 Petua Ringkas Menaikkan Seri Pengantin

Cincin Perkahwinan

Pastinya ramai wanita yang ingin berkahwin, mengimpikan wajah yang berseri-seri semasa di hari bahagia. Kami sediakan 4 Petua Ringkas Menaikkan Seri Pengantin untuk mereka yang sekarang sedang menghitung hari-hari bahagia.

 

close-up portrait of a beautiful sleeping baby on white

  1. Tidur yang mencukupi

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi terutama beberapa hari sebelum menjelang hari bahagia. JANGAN bangun lewat. Bangun seawal 6 pagi. Pastikan anda menghirup udara pagi selama 5 – 10 minit. Namun jangan lupa untuk tidur dengan cukup selama 6-7 jam sehari.

File 05-04-2016, 10 37 42 PM

2. Luang kan masa untuk lakukan facial

Lebih kurang sebulan sebelum menjelang hari bahagia, bakal pengantin perempuan digalakkan untuk melakukan facial di pusat kecantikan yang berdaftar. Kami menyediakan pelbagai Facial Treatment yang bersesuaian dengan kulit setiap pelanggan kami. Bagi mereka yang wajah yang berparut dalam, boleh cuba Scar Treatment kami yang akan membantu untuk merawat kembali parut yang dalam tersebut.

Dapatkan HARGA ISTIMEWA Scar Treatment Facial untuk yang terawal sahaja!

 

beverages-4

3. Minum air putih secukupnya

Minum segelas air selepas bangun  tidur, sebelum gosok gigi, kerana untuk pengetahuan anda semua, air tersebut dapat mencuci dalaman serta membantu melancarkan perjalanan darah dimana akan membantu menaikkan seri wajah

File 25-05-2016, 5 03 22 PM

4. Lakukan Spa Pengantin

Beberapa minggu serta seminggu sebelum menjelang hari bahagia anda, setiap bakal pengantin digalakkan untuk memanjakan diri anda di Spa. Untuk mendapatkan urutan badan serta Facial Treatment khas, kami menyediakan pelbagai jenis pakej rawatan khas untuk anda.

Klik www.tinispa.com.my. untuk senarai rawatan serta harga

5 Punca Sakit Belakang

Sakit belakang merupakan satu gejala yang sering terjadi kepada kita tanpa mengira usia, hamil atau tidak sakit belakang ini sentiasa akan memberikan rasa tidak selesa kepada semua yang mengalaminya. Umur baru 20-an lagak sudah seperti orang lanjut usia, sakit belakang hampir setiap masa. Susah pula nak hilang sakitnya!  Tini’s Spa ingin berkongsi 5 punca sakit belakang yang amat mengganggu ini, supaya anda semua dapat mengelakkan dari ianya berlaku dengan lebih kerap lagi.

5 Punca Sakit Belakang

  1. Tidur di atas tilam lusuh

tilam vono

  • Tidak salah jika berbelanja lebih untuk membeli tilam yang berkualiti demi menjaga tulang belakang anda. Tilam yang baik adalah tilam yang dapat bertahan 10 tahun lamanya. Selepas 10 tahun tilam tersebut perlulah ditukar. Pilih tilam yang tidak terlalu lembut atau terlalu keras.

 

Sakit belakang? Penyelesaiannya disini

2. Mengengdong beg berat

beg 2

  • Wanita seringkali membawa beg tangan yang sarat dengan peralatan solek, minyak wangi, telefon bimbit dan sebagainya. Beban yang sepatutnya dibawa pada sebelah bahu adalah cuma 10% sahaja dari berat badan anda.

 

3. Kasut tinggi atau kasut sarung

STILLETO

  • Memakai kasut tumit tinggi seperti stilleto amatlah merbahaya untuk tulang belakang. Memakai kasut sarung juga boleh mengakibatkan sakit belakang kerana lapik pada kasut yang nipis akan mengakibatkan tumit menampung beban yang banyak dan akan menyebabkan sakit belakang.

 

4. Menyimpan dendam

dendam

  • Kedengaran pelik, namun hakikatnya mereka yang mempunyai perasaan marah atau sering berfikiran negatif lebih mudah mengalami sakit belakang secara berterusan sekaligus mengakibatkan sesorang itu mudah untuk mengalami pelbagai penyakit lain.

5. Makanan Ringan

junk food

  • Makanan ringan adalah makanan berkalori tinggi dan bernutrisi rendah yang akan menyebabkan pertambahan berat badan. Pertambahan berat badan akan mengakibatkan pelvis akan ditolak ke hadapan akibat berat di bahagian tengah badan. Mereka yang mengalami masalah seperti ini akan mengakibatkan pesakit cenderung menghidap osteoartritis

 

Ingin kuruskan badan? Dapatkan cara mudah di sini!

Kesakitan belakang ini bukanlah akibat faktor keturunan namun ianya adalah berpunca dari gaya hidup kita seharian. Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Jagalah kesihatan dengan cara betul. Lebih baik mencegah sebelum parah, betul tak? See you again!

4 Penyebab Utama Ketiak Hitam

Ketiak hitam, tidak dinafikan, ramai mengalami masalah ini, tetapi hanya berdiam diri, tak nak bertanya sebab terlalu sulit dan terus mengepit ketiak. -.-

Ada EMPAT sebab berbeza yang menyebabkan masalah ketiak menjadi hitam dan gelap .

Sebab #1: Bercukur

Siapa di sini mencukur bulu ketiak? Baik mengaku. Hehehehe

shave cukur penyebab ketiak hitam

Rambut kita di berwarna hitam. Apabila bercukur, bayang-bayang akar rambut masih kelihatan di bawah permukaan kulit, memberi ilusi yang ketiak kita gelap.

Oleh itu, untuk kelihatan cerah, pastikan folikel rambut dicabut sehingga ke akar umbi.

Penyelesaian: Berhenti bercukur dan mula mencabut bulu ketiak anda sehelai demi sehelai. Jika anda sibuk, tak de masa nak cabut sehelai sehelai, boleh cuba kaedah waxing.

Kelebihan waxing berbanding bercukur ialah rambut akan tumbuh lebih perlahan, lebih halus dan jarang-jarang.

 

Tempah sesi waxing di sini =>

Underarm waxing tinispa

Sebab #2: Himpunan sel kulit mati 

Tahukah anda, yang kawasan gelap di bahagian ketiak anda disebabkan oleh pengumpulan sel kulit mati di lurah dan curam kulit anda? Lebih-lebih lagi di kawasan ketiak, kelenjar peluh sangat aktif berbanding kawasan lain. Tersepit setiap masa membuatkan pembiakan bakteria subur di situ.

Penyelesaian: Rajin exfoliate atau skrub ketiak anda untuk mencerahkan, menanggalkan sel kulit mati dan bebaskan ketiak anda dari belenggu zaman kegelapan. Skrub yang sesuai digunakan ialah yang mengandungi asid laktik yang merupakan agen pencerahan dari susu.

 

Sebab #3: Acanthrosis nigricans 

Acanthrosis nigricans ialah keadaan di mana kulit menjadi gelap, coklat kehitaman di kawasan berlipat seperti di sekeliling leher, ketiak dan pangkal paha. Ini sering terjadi kepada orang yang berbadan besar dan kandungan hormon insulin yang tinggi di dalam badan.

Penyelesaian: Berhati-hati dengan diet anda untuk kawal penghasilan insulin tinggi yang memberi kesan kepada kulit.

cara atasi ketiak hitam tinispa

 

 

Sebab #4: Penggunaan antiperspirant deodorant

Wangian dan bau tiruan sangat berpotensi memberi reaksi kepada kulit dan penyebab kulit menjadi sensitif. Ramai mengakui setelah berhenti menggunakan antiperspirant deodorant, ketiak mereka semakin cerah. Bagaimana dengan anda? Anda pernah mencubanya?

Penyelesaian: Gunakan penyahbau atau deodorant yang tidak mengandungi ‘antiperspirant’. Mungkin ketiak anda, sedikit basah tetapi hasilnya ketiak anda cerah berbanding biasa.

antiperspirant deodorant punca ketiak hitam tinispa

 

Ikuti cara mengatasi ketiak hitam dengan berkesan.

Tempah sesi waxing di sini =>

Underarm waxing tinispa

 

5 Langkah Menetapkan Matlamat Hidup

Tahun baru menjelma lagi. Selamat tahun baru kami ucapkan buat semua pembaca. Asal tahun baru je, kita buat azam tahun baru dan matlamat. Tetapi, adakah kita mencapai apa yang diinginkan?

Ambil sedikit masa untuk renung kembali tahun lepas, apa yang tercapai dan apa yang boleh diperbaiki. Matlamat hidup sangat penting untuk memastikan kehidupan lebih bermakna dan fokus.

goal

Di sini kami kongsikan tips dan kaedah untuk mencapai setiap matlamat. Kita pecahkan kepada 5 langkah mudah.

  1. Tetapkan matlamat yang ingin dicapai.

Perkara ini paling mudah dilakukan. Anda cuma perlu tanya, “Apa yang ingin saya capai dalam 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun? Jika anda tidak tahu di mana hendak bermula, pilih 1 matlamat untuk  perkara di bawah

  • Kesihatan
  • Kekayaan/ simpanan
  • Hubungan
  • Kerohanian

Matlamat yang baik haruslah spesifik, boleh diukur, diberi tempoh dan realistik.

Contoh matlamat yang lemah:

Saya ingin menurunkan berat badan.

Contoh matlamat yang baik:

Saya ingin menurunkan berat badan sebanyak 5kg sebelum April.

Haaaa, senang je kan? Sekarang cuba tuliskan matlamat yang ingin anda hajatkan.

Diskaun RM50 untuk pakej pelangsingan, klik di sini.

Pakej pelangsingan klik di sini.

tslim

2. Pecahkan kepada pelan tindakan yang mudah dan ringkas untuk dicapai.

Setiap matlamat mungkin terlalu ‘besar’ untuk dicapai namun ianya akan semakin mudah dilaksanakan jika dipecahkan kepada bite-size action plan atau pelan tindakan.

Contoh pelan tindakan:

a) Kawal kalori permakanan kpd 1200kcal sehari.

b) Bersenam 7 minit setiap pagi sebelum mandi.

Pelan tindakan ini merupakan ‘jalan-jalan’ menuju ke destinasi anda.

exercise tinispa

3. Tulis matlamat anda.

Matlamat yang tidak ditulis hanyalah mimpi di siang hari. Jika matlamat itu benar-benar bermakna untuk anda, pastikan anda tulis dan tampal di tempat yang anda boleh lihat setiap hari. Dengan menulis, anda memberitahu minda separa sedar anda untuk bekerja ke arah mencapainya. Dan tahukah anda, minda separa sedar kita sangat berkuasa?

Di sini kami sertakan goal setting template untuk kemudahan anda. Anda cuma perlu print, tulis dan tampal di tempat yang anda sering nampak, contohnya di pintu almari atau di work station anda.

goal setting tinispa

4. Sentiasa ingat matlamat anda.

Sekarang, destinasi dan perjalanan ke sana sudah pun jelas. Pastikan anda fokus untuk sampai ke sana. Sentiasa ingatkan diri dengan matlamat yang ingin anda capai. Antara tips untuk mengingati matlamat anda:

  • Kelilingi diri anda dengan rakan-rakan yang sentiasa menggalakkan anda untuk ke arah matlamat tersebut.
  • Tulis dan tampal kertas matlamat supaya anda boleh review setiap hari, terutamanya pada sebelah pagi.
  • Letakkan sebagai desktop background jadi setiap kali anda ON laptop, anda pasti melihat matlamat tersebut.

goals tinispa

5. Buat 1 aktiviti yang mendekatkan anda dengan matlamat anda setiap hari.

Pastikan anda membuat 1 aktiviti yang membawa anda semakin dekat kepada matlamat anda, tak kira 10 minit atau 2 jam sehari. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit dan yang penting ia menjadi tabiat yang membina. Tanpa anda sedari, anda sudahpun mencapai matlamat tersebut! Jika anda mencapainya, ambil masa untuk pat your back dan hadiahkan diri anda sendiri dengan kemenangan tersebut. Antaranya boleh belanja diri sendiri aiskrim sedap ^_^, tengok wayang atau urutan di spa.

Sekarang masih belum terlambat untuk goal setting, jadi apa kata anda mulakan hari ini dengan langkah-langkah mudah ini. Semoga anda mencapai apa yang diimpikan.

 

============================================

HAPPY HOUR DI TINI’S SPA

Diskaun 50% untuk semua rawatan di Tini’s Spa.

Hari Isnin-Khamis, 10 am – 2 pm sahaja.

Temujanji awal diperlukan. Hubungi Tini’s Spa Ampang 03-4270 1292 atau

Tini’s Spa Shah Alam 03-5523 5718 untuk tempahan.

Atau klik di sini —-> HAPPY HOUR @ TINI’S SPA.

happy hour Tinispa

 

Pakej Rawatan Selepas Bersalin Di Tini’s Spa

Hi semua. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman menjalani pakej rawatan selepas bersalin atau post natal treatment di Tini’s spaSignature treatment ini lebih dikenali sebagai After Birth Treatment

 

Rendaman Kaki. Mula-mula, saya dibawa juruterapi untuk merendam kaki sambil di scrub  dengan Deep Sea SaltLangkah ini bagus untuk membersihkan kotoran di bahagian kaki sebelum memulakan rawatan badan. Selepas rendaman kaki, saya dibenarkan salin pakaian dan simpan barangan berharga di dalam loker berkunci. Saya diberi kain sarung untuk berkemban sebelum ke rawatan pertama.

pedicure-footsoak-tinispa

Sauna. Rawatan pertama ialah sauna selama 20minit. Sauna sangat baik untuk mengembangkan kapilari darah, justeru melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin melalui proses perpeluhan dan menyingkir air berlebihan dalam badan. Semasa kehamilan, badan kita menyimpan air berlebihan di dalam badan atau water retention yang tinggi. Menurut juruterapi di sini, waktu yang sesuai untuk menyingkirkan gemuk air ini ialah dalam tempoh 6 bulan pertama selepas bersalin. Jangan simpan lama-lama!

Spa-sauna-tinispa

Urutan Badan dan Bertungku. Rawatan yang paling saya tunggu ialah urutan. Yelah, sakit badan selepas bersalin, Tuhan aje yang tahu. Urutannya sangat melegakan kesakitan, ditambah lagi dengan bertungku, memang ada ummppphhhhh… Menurut juruterapi, heat dari tungku ini membantu menghilangkan kesakitan otot dan urat, memecah dan membuang angin, melancarkan darah (terutama darah kotor berketul-ketul keluar) dan melancarkan susu badan. Lepas urutan ni, saya rasa badan saya sangat ringan. Senang nak membalikkan badan berbanding sebelum urutan. Ahhhhhh.. leganyaaaaaa… Ok, over. Tapi memang betul-betul lega ok…

Body-massage-rawatan-selepas-bersalin-Tinispa

 

 

Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

free gift spa vouchers Tinispa

Boreh Body Mask. Selepas urutan, juruterapi suruh saya meniarap pula, untuk buat body mask yang istimewa ni. Special sebab ia mengandungi campuran rempah ratus khas untuk memanaskan badan dan membuang angin dari badan. Sangat selesa dengan kehangatan boreh mask ni.

Lulur Body Scrub Tinispa

Mandi Rempah. Akhir sekali saya dibawa ke bath tub berisi mandian rempah yang harum menusuk hidung. Sebaik menjejakkan kaki dan menenggelamkan badan saya sepenuhnya, sambil bersandar merehatkan badan, seluruh tubuh saya rasa selesa sekali dengan kehangatan mandian rempah ni. Very comforting. Juruterapi saya terangkan, mandi rempah ni banyak khasiatnya. Antara khasiat mandi rempah ialah untuk memanaskan badan, mengurangkan bau badan, menghilangkan bauan dari vagina. Saya berehat sampai hampir tertidur di dalam tub tu. Selepas 30 minit, saya bilas badan dan oleskan losyen badan ke seluruh badan untuk melembapkan kulit.

mandi rempah Tinispa

Rawatan ini sangat menyegarkan badan yang lemah selepas proses bersalin, memulihkan kembali sakit-sakit otot dan buang angin dalam urat. Betul-betul ringan dan segar badan saya selepas menjalani rawatan ini. Sangat dialu-alukan bukan sahaja untuk ibu-ibu muda yang baru lepas bersalin, tetapi juga bagus untuk wanita yang sering sakit pinggang dan belakang.

Keseluruhan rawatan ini mengambil masa 2 jam 15 minit. Sangat berbaloi dengan harganya RM248 untuk 1 sesi.

Untuk ibu-ibu yang bersalin secara normal, dicadangkan buat rawatan 3 hari atau seminggu selepas bersalin, seelok-eloknya 3 sesi. Sekiranya masa tidak mengizinkan, ada yang datang selepas sebulan selepas bersalin, yang mana rawatan lebih mudah sebab darah nifas sudah kering.

Bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan atau Caesarean/ C-section, boleh datang setelah 6 bulan selepas bersalin untuk memastikan luka pembedahan sudah betul-betul sembuh.

Ini pendapat saya, sebagai seorang wanita, kita patut dan wajib jaga diri kita terutama selepas menjalankan tanggung jawab yang sangat besar dan sangat indah di saat menjadi ibu, melahirkan zuriat ke dunia ini. Sedangkan kereta sering diservis, apa lagi tubuh badan kita ye tak?

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi juruterapi Tini’s spa yang sememangnya baik dan sedia membantu di cawangan Shah Alam03-5523 5718 atau di cawangan Ampang 03-4270 1292.

 

Ikhlas dari,

Nora.

 

P/s: Terima kasih Puan Nora di atas perkongsian ikhlas ini. Rawatan ini sesuai juga dinikmati oleh ibu-ibu yang berada di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Jika Puan pelanggan baru di Tini’s spa, dapatkan baucer rawatan bernilai RM50 di sini www.tinispa.com.my.  Gambar adalah koleksi Tini’s spa.

rawatan selepas bersalin tinispa

 

Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

free gift spa voucher tinispa

Senarai Semak Majlis Perkahwinan

Salam semua terutama sekali buat si manis yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan tak lama lagi.

Post kali ini, Tini’s spa bermurah hati nak share Senarai Semak Majlis Perkahwinan untuk kalian. Bukan apa, supaya kurang stress dan garis halus kat muka pengantin! lol! Apa yang perlu anda buat, cuma print dan tandakan tugas yang dah selesai. Mudahkan? So here goes the wedding list..

SENARAI SEMAK MAJLIS PERKAHWINAN
Read more

How To Lighten Dark Underarms.

Hi everyone. We would like to share tips on how to lighten dark underarms.

 

In this article, you’ll learn both economical home-based and professional ways to restore your underarm confidence and be free!

1) Apply antibacterial remedy. In this case, I recommend to rub a slice of lemon or lime on the dark area. The acidic, anti bacterial properties in lemon remove dead skin cells, lighten the skin and reduce bacteria that cause body odour. Rinse thoroughly. Repeat 2-3 times weekly.

Read more

rawat kulit berminyak tini spa

Cara Mengatasi Kulit Berminyak

Kulit berminyak, pori terbuka dan kulit kusam adalah antara masalah kulit yang sering menjadi perhatian. Tahukah anda, kulit berminyak berpotensi lebih kusam sebanyak 5 kali ganda berbanding kulit normal. Ini kerana kulit berminyak lebih banyak memerangkap kotoran dan habuk. Tambahan pula semakin usia meningkat, semakin lambat mekanisma penghasilan sel kulit baru, menyebabkan kulit tampak lebih kusam.

Lebih teruk lagi, sekiranya terdapat iritasi pada kulit tersumbat yang disebabkan oleh bakteria  Propionibacterium acnes, masalah JERAWAT pula mula timbul.

Faktor lain yang mempengaruhi termasuk persekitaran, hormon, permakanan dan gaya hidup anda.

Berikut merupakan cara-cara mengatasi kulit berminyak dengan berkesan:

Read more