facial treatment packages shah alam, ampang, kuala lumpur, selangor - tinispa

Hydroderm Facial Treatment

Hydroderm Facial Treatment menggunakan gabungan teknologi microdermasion dan hidrasi agar kulit cerah dan segar selepas rawatantanpa kekeringan. Sel kulit mati di bahagian luaran epidermis dibuang dengan lembut dengan ‘diamond tip’ menjadikan kulit cerah dan sekata termasuk jeragat. Semburan air dan serum yang berterusan sepanjang proses ini menjadikan kulit selesa, segar dan lembab. Rawatan ini sangat sesuai untuk mencerahkan warna kulit tidak sekata dan kulit kusam serta merta, menghaluskan kulit kasar dan mengurangkan lingkaran hitam di sekitar mata. Rawatan mengambil masa 1 jam 30 minit.

Mengapa Pilih Hydroderm Facial Treatment di Tini’s Spa

  • Kesan ketara selepas 1 sesi rawatan.
  • Rawatan dijalankan oleh juruterapi terlatih dan professional.
  • Face Mapping. Teknik analisa kulit Dermalogica untuk mengenalpasti masalah kulit.

Faedah Rawatan

  • Mencerahkan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Menghilangkan kulit kusam
  • Menghaluskan kulit kasar dan lingkaran hitam sekitar mata

Butiran Rawatan

Tempoh:  150 minit
Harga: RM348

Soalan Lazim (FAQ):

SIAPA YANG TIDAK BOLEH JALANKAN RAWATAN INI?

Hydroderm Facial Treatment sesuai untuk semua jenis kulit

BERAPA KALI SESI DIPERLUKAN UNTUK NAMPAK HASIL?

Selepas 1 sesi anda akan nampak perubahan yang ketara. Namun untuk kesan berpanjangan anda dikehendaki untuk melakukan sebanyak 5-6 sesi untuk kekalkan hasil yang terbaik tersebut

APAKAH KESAN SAMPINGAN DAN CARA PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN?

Rawatan ini selamat dan zero-downtime.

Pastikan anda menggunakan pelembab yang mencukupi untuk mengekalkan kelembapan kulit yang cukup.

Pelindung UV dengan sekurang-kurangnya SPF 30 juga sangat penting setiap hari dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari secara terus untuk beberapa hari selepas rawatan.

Syarat Pembelian

  1. Temujanji awal adalah sangat diperlukan. Anda boleh menempah sesi rawatan spa dengan menelefon cawangan Tini’s Spa Shah Alam (0355235718) atau Ampang (0342701292) atau menggunakan aplikasi WhatsApp di talian 019-3129606.
  2. Baucer sah selama 1 TAHUN dari tarikh pembelian.
  3. Baucer tidak sah ditukarkan kepada wang tunai dan tidak sah digunakan bersama promosi lain.
  4. Untuk baucer percubaan pertama setiap rawatan .., hanya SATU baucer sahaja sah untuk setiap pelanggan.
  5. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di talian di atas.