5 Cara Mengatasi Jerawat Pasir

Untuk blog kali ini, Tini’s Spa ingin berkongsi dengan anda 5 Cara Mengatasi Jerawat Pasir. Masalah jerawat pasir adalah perkara yang paling kerap kita temui dalam setiap masalah kulit wajah wanita, terutamanya di bahagian dahi dan pipi. Masalah jerawat pasir ini tentunya tidak mengganggu kesihatan namun ianya yang menjadi masalah utama pada kulit wajah akan menyebabkan ketidakselesaan dan menurunkan keyakinan diri terutama wanita yang bekerjaya.

1. Jaga kebersihan diri

  • Di negara yang besuhu panas dan lembap ini adalah penting untuk kita mandi sekurang-kurangnya 1-2 kali sehari. Peluh dan segala kotoran di badan semestinya perlu dibersihkan supaya tidak terkena jangkitan bakteria yang menyebabkan jerawat di muka dan badan kita. Menjaga kebersihan diri juga merupakan salah satu cara mengatasi jerawat pasir.
jerawat pasir+facial+tinispa

2. Hentikan penggunaan produk yang merbahaya pada kulit

  • Pelbagai produk yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Elakkan dari menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kulit wajah kita. Produk yang berasid tinggi sebagai contohnya boleh mengakibatkan kulit kering serta mudah sensitif.
jerawat pasir+facial+tinispa

3. Jangan sentuh, garu atau picit jerawat yang ada pada wajah

  • Kelakuan memicit dan menyentuh, menggaru, dan memicit jerawat di wajah sebenarnya akan mengakibatkan masalah jerawat lebih teruk dan perbuatan tesebut akan menyebabkan bakteria mudah tesebar daripada jerawat ke tempat yang lain. Dapatkan khidmat pakar atau buat facial di pusat kecantikan sebagai contoh rawatan facial di Tini’s Spa yang menyediakan langkah memicit jerawat yang betul dan mengikut SOP. Tidak menyentuh wajah juga merupakan salah satu cara mengatasi jerawat pasir.
jerawat pasir+facial+tinispa

4. Kurangkan stress dengan bersenam

  • Stress sebenarnya akan menyebabkan tahap hormone dalam badan kita menjadi tidak seimbang. Kesihatan diri boleh ditambahbaik dengan melakukan senaman secara teratur. Sebagai contoh setiap pagi amalkan senaman ringan. Ianya dapat membantu mengurangkan stress.

5. Melakukan facial serta rutin biasa penjagaan wajah

  • Ramai lagi wanita di luar sana yang masih tidak mempunyai set asas penjagaan kulit wajah. Ada yang diantara kita yang hanya mempunyai pencuci wajah sahaja.  Sebaiknya setiap wanita perlu ada pencuci muka, toner, pelembap dan sunscreen. Ianya lebih bagus jika ada set penjagaan wajah yang lengkap kerana penjagaan waah yang baik juga merupakan salah satu cara merawat jerawat pasir. Di Tini’s Spa, kami mengamalkan facemapping dahulu sebelum meneruskan rawatan facial supaya dapat mengenal pasti keadaan wajah pelanggan. Terapis juga akan memberi bimbingan penggunaan produk yang betul dan yang sesuai untuk kulit wajah pelanggan tersebut.
jerawat pasir+facial+tinispa

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian :

  • WhatsApp 019-3129606
  • Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718
  • Tini’s Spa Ampang 03-42701292
  • Tini’s Spa Bangi 03-89289529

Untuk sebarang pertanyaan, anda juga boleh hubungi kami di talian Whatsapp, Facebook Tini’s Spa, dan Instagram Tini’s Spa.

Artikel berkaitan :