Cara Mengatasi Kulit Berminyak

Kulit berminyak, pori terbuka dan kulit kusam adalah antara masalah kulit yang sering menjadi perhatian. Tahukah anda, kulit berminyak berpotensi lebih kusam sebanyak 5 kali ganda berbanding kulit normal. Ini kerana kulit berminyak lebih banyak memerangkap kotoran dan habuk. Tambahan pula semakin usia meningkat, semakin lambat mekanisma penghasilan sel kulit baru, menyebabkan kulit tampak lebih kusam.

Lebih teruk lagi, sekiranya terdapat iritasi pada kulit tersumbat yang disebabkan oleh bakteria  Propionibacterium acnes, masalah JERAWAT pula mula timbul.

Faktor lain yang mempengaruhi termasuk persekitaran, hormon, permakanan dan gaya hidup anda.

Berikut merupakan cara-cara mengatasi kulit berminyak dengan berkesan:

1) Cuci muka sekurang-kurangnya 2x sehari.

Kulit berminyak sering memerangkap kotoran. Oleh itu, langkah ini sangat penting dan digalakkan menjalankan Deep Cleansing untuk cucian bersih dan hasilnya, kulit sihat!

cuci muka

2) Gunakan alcohol free toner setiap hari.

Alkohol boleh membuatkan kulit terlalu kering dan ini menyebabkan kelenjar minyak menjana lebih banyak minyak ke permukaan kulit. Sebaiknya gunakan toner yang melembapkan kulit. Ingat, kulit berminyak juga sangat perlukan air (lembapan).

3) Gunakan pelembap berasaskan air yang mencukupi setiap hari.

Ramai beranggapan kulit berminyak tidak perlukan pelembap, padahal kulit masih memerlukan air/ lembapan. Jadi pastikan anda menggunakan pelembap berasaskan air dan bebas minyak.

4) Skrub

Langkah ini penting untuk menanggalkan sel-sel mati yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Terdapat pelbagai jenis skrub atau exfoliant di pasaran. Sekiranya kulit berjerawat, gunakan leave on exfoliant tanpa bijian halus untuk mengelakkan iritasi kepada jerawat. Setelah sel kulit mati hilang, kulit lebih bersedia untuk menyerap nutrien dan lembapan yang dibekalkan seterusnya. Langkah ini boleh dijalankan 2-3 kali seminggu.

5) Masker tanah liat

Masker tanah liat berfungsi untuk menyerap lebihan minyak di kulit. Apabila minyak berkurangan, pori kelihatan lebih kecil dan halus. Amalkan penggunaan masker ini 2-3 kali seminggu, sebaik selepas skrub. Selepas itu, pastikan kulit anda dioles pelembap berasaskan air untuk memastikan tidak terlalu kering.

6) Pastikan bahan penjagaan kulit dan solekan anda tidak mengandungi minyak mineral (mineral oil)

Minyak mineral adalah produk dari petroleum, digunakan di dalam pembuatan kosmetik dan penjagaan badan secara meluas. Minyak mineral ini boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan menggalakkan penghasilan jerawat.

komedon_gallery_thumbs

7) Minum air dengan banyak.

Secara amnya, badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari kerana seluruh sistem badan memerlukan air termasuk organ terbesar, kulit kita.

drinking_water

8) Kurangkan pengambilan makanan berminyak.

Ubah cara permakanan anda kepada yang lebih sihat dan segar seperti buah-buahan, sayuran dan makanan berebus. Selain mengurangkan minyak di wajah, anda boleh mengurangkan saiz badan! 😉

buah

Anda boleh juga kongsikan cara-cara mengatasi kulit berminyak yang anda amalkan. 😀

Di Tini’s spa, kami menggunakan produk Dermalogica, produk penjagaan kulit professional no 1 kerana yakin dengan kualiti dan prinsip 7 NOs atau 7 TIDAK. (NO artificial colours, NO sythethetic fragrances, NO S.D. Alcohol, NO lanolin, NO mineral oil, NO formaldehyde, NO comedogenic ingredients). Untuk pertanyaan lanjut tentang 7 NOs ini, sila berhubung dengan juruterapi profesional dan mesra di Tini’s spa. 🙂

20140702_142645

Sebagai juruterapi profesional, kami ingin kongsikan rawatan berkesan khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Rawatan ini dikenali sebagai Carbon Assist Facial yang menggunakan karbon untuk menyerap cahaya dan bertindak menarik keluar minyak, kotoran dan sebum pada kulit wajah. Rawatan ini berkesan untuk mengurangkan minyak pada permukaan kulit, mengecilkan liang pori, meremajakan dan mencerahkan kulit. Rawatan ini mengaktifkan semula kolagen, oleh itu, kulit kelihatan lebih anjal dan awet muda. Kesan nyata dapat dilihat serta merta.

Khas untuk pembaca sekalian terutama di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, kami menawarkan Percubaan Pertama pada RM88 sahaja, yang mana harga asal ialah RM380.

Untuk mendapatkan tawaran ini, hubungi kami di talian:

Tini’s spa Seksyen 7, Shah Alam berhampiran UiTM Shah Alam, Restoran Hakim dan Pakli Kopitiam.

03-5512 5388

atau

Tini’s spa, Taman Dagang, Ampang – berhampiran IPD Ampang Jaya, Food Court, sebelah Restoran Wong Solo.

03-4270 1292 dan nyatakan KOD:  BLOG CA88. Tawaran ini sah untuk 50 pelanggan pertama sahaja di setiap outlet.

oily skin

Akhir kata, sempena bulan Ramadhan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelanggan kami yang budiman.

Jumpa lagi!