Pasti ada di antara wanita di luar sana yang sering mencari pelbagai penyelesaian untuk masalah jeragat yang makin bertambah sewaktu meningkat usia. Untuk blog post kali ini, Tini’s Spa ingin berkongsi dengan anda semua 3 Cara Mudah Pudarkan Jeragat.

pigmentation+facial+tinispa

Gunakan Sunscreen Waktu Siang

Sinaran cahaya matahari kaya dengan Vitamin D namun ia juga mengandungi sinar UV A dan UV B. Sinaran UV A mempercepatkan proses penuaan dan sinaran UV B menyebabkan kulit gelap dan terbakar. Sinaran ini merangsang melanin kulit keluar untuk melindungi kulit, menyebabkan semakin gelap dan bertompok-tompok. Proses ini mengambil masa yang lama.

Oleh itu, cara mudah pudarkan jeragat ialah dengan melindungi kulit dengan sunscreen. Sunscreen wajib digunakan setiap hari sebelum keluar pada siang hari. Langkah pencegahan ini sangat penting sebelum ke cara seterusnya. Tanpa perkara asas ini, cara-cara lain agak kurang berkesan. Jadi ingat ya, pakai sunscreen di siang hari!

rawatan+jeragat+tinispa

Exfoliation Rutin Mingguan

Bahagian epidermis kulit terdiri dari sel kulit mati. Proses pertukaran kulit mengambil masa 28-30 hari. Namun semakin meningkat usia, semakin lambat pembaharuan kulit berlaku. Bermakna kulit semakin kusam akibat pengumpulan sel kulit mati bertingkat-tingkat. Cara mudah pudarkan jeragat ialah dengan exfoliate atau scrub kulit 2-3 kali seminggu. Exfoliation juga terbahagi kepada dua iaitu physical exfoliation dan chemical exfoliation.

rawatan+jeragat+tinispa

Pigmentation Facial Treatment

Pigmentation Facial Treatment di Tini’s Spa juga boleh menjadi salah satu cara mudah pudarkan jeragat. Dengan rawatan ini, jeragat yang terbentuk lebih mudah dihilangkan kerana menggunakan mesin terkini yang sesuai untuk menghilangkan jeragat di wajah. Diskaun 50% untuk sesi percubaan pertama Pigmentation Facial Treatment di Tini’s Spa, cuma RM254.50 (harga asal bernilai RM509). Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

Untuk tempahan sesi rawatan, sila hubungi no tel di bawah atau klik link Whatsapp.

WhatsApp www.wasap.my/60193129606/pigmentationfacialwebsite

Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718

Tini’s Spa Ampang 03-42701292

Tini’s Spa Bangi 03-89289529

rawatan+jeragat+tinispa

Artikel berkaitan

Cara Atasi Kulit Berminyak

8 Teknik Mudah Hilangkan Dagu Berlapis

Cara Hilangkan Stress